Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”

Firdaus
23/04/2024 14:55 MYT
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk.

Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan.

Nyawa Pesakit Jadi Taruhan

Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difahamkan bertugas sebagai seorang penjawat awam yang kecewa apabila nyawa seorang pesakit kanser menjadi taruhan kerana kelewatan dalam bertindak oleh pihak berkaitan.

“Saya ada jumpa seorang pesakit dialisis lima bulan lalu, mengadu ada ulser dalam mulut. Saya tengok ulser tu nampak ‘garang’. Saya rujuk ke hospital, pada saya, kanser!

“Selepas sebulan, saya jumpa kembali pesakit tersebut. Ulser dia makin besar dan bengkak semakin teruk. Tapi masih boleh makan dan bercakap,” ujar penjawat awam itu.

Bercerita lebih lanjut, penjawat awam itu memberitahu pesakit tersebut akhirnya didiagnosis dengan kanser mulut yang teruk oleh kerana tindakan perlahan dalam mencegah penyakit berkenaan.

Netizen Akui Rawatan Perubatan Agak Perlahan

Susulan tularnya posting terbabit, majoriti warganet berkongsi pengalaman yang seakan-akan sama dalam menjalani rawatan perubatan di negara ini yang disifatkan sebagai kurang memuaskan.

“Perkara sama jadi dekat saya, pergi macam-macam klinik dan mereka cakap hanya demam biasa, akhir sekali pergi ke rawatan kecemasan, terpaksa tunggu tiga jam untuk untuk rawatan dan saya hampir meninggal dunia,”

“Tak terkejut pun. Dah pernah kena. Mujur ada alternatif lain, kalau orang tak berduit macam mana agaknya,”

“Memang inilah realiti untuk kami rakyat marhaen.”

BERITA TRENDING: Buat Bisnes Cipta Gambar B*gel Guna AI, Warganet Luah Rasa Risau: “Kurangkan Kongsi Rupa Diri Di Media Sosial”

Sumber: Platform X
#Viral #hospital #Kanser #Doktor #Servis #Rawatan #Pesakit #Ulser
;