Lan Pet Pet Bakal Pindah Ke Kota Mekah, Simpan Impian Mahu Meninggal Dunia Di Tanah Haram - "Sepatutnya Tahun Ini, Tapi ..."
Ainun
08/11/2024 09:55 MYT
08/11/2024 09:55 MYT
Pelawak Lan Pet Pet akui sudah bersedia untuk menetap di Kota Suci Mekah.
Menurut Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 55, hasrat murni itu juga disambut baik oleh keluarga terutama isterinya, Ruby.
“Cita-cita saya dari saya kecil adalah teringin nak rapat dengan Rasulullah S.A.W.
Menurut Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 55, hasrat murni itu juga disambut baik oleh keluarga terutama isterinya, Ruby.
“Cita-cita saya dari saya kecil adalah teringin nak rapat dengan Rasulullah S.A.W.
“Bila saya sudah berkeluarga, saya ada menanyakan kepada isteri saya Ruby, adakah awak bersedia kembali ke Rahmatullah di Baqi, Mekah.
“Kemudian, dia berkata saya sangat suka untuk kembali ke Rahmatullah di Baqi, Mekah,” katanya kepada Gempak.
Lan Pet Pet berkata demikian ketika menghadiri majlis Doa Selamat dan majlis kenduri kesyukuran Senario yang berlangsung di AL- Maliki, Puncak Alam, Selangor.
BERITA TRENDING: Selepas Kereta Maxus, Nabila Beli Range Rover Harga RM2.5 Juta, Netizen Tumpang Happy - “Suka Tengok Orang Bekerjaya Berjaya…”
BERITA TRENDING: Bersuara Unik & Universal, Aliff Syukri Ajak Fazura Duet - “Mungkin Lagu Raya…”
BERITA TRENDING: GV11: Ning Baizura Terbuka Bakal Dikomen Juri & Rakan Industri - "Datuk Syafinaz Memang ..."
BERITA TRENDING: Tamatkan Zaman Janda, Ina Naim Kembali Bergelar Isteri!
Melanjutkan bicara, dia juga sudah melakukan persiapan namun ditangguhkan seketika bagi menghormati permintaan terakhir arwah Hamdan Senario.
“Kami juga sudah lakukan persiapan untuk menetap di sana mungkin kalau ada rezeki saya mahu berhijrah ke sana.
“Sepatutnya pada tahun ini tapi isteri Arwah Hamdan, Lin menyuruh saya kembali ke Senario dan saya juga mengambil keputusan untuk kembali ke Senario untuk menjaga ukhuwah dan silaturahim.
“Alhamdulillah, kami juga memenangi anugerah Artis Komedi Popular ABPBH 36. Bukan kami yang meletakkan kami di nombor satu tapi peminat-peminat kami yang kami di carta nombor satu,” jelasnya.
Dalam masa sama, Lan juga berkongsi hasratnya untuk dikebumikan di sebelah makam Rasulullah S.A.W
“Sekirannya, saya kembali ke Rahmatullah, saya juga teringin bersemadi di Baqi, Mekah. Sebab dekat dengan makam Rasulullah S.A.W.,” kongsinya.