Bintang Gegar Vaganza musim ke-4, Lan Solo menarik perhatian ramai apabila berkongsi dekorasi kediaman yang cantik di dalam rumah yang baru dibelinya.

Menerusi laman sosial Instagram, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37, memuat naik video ‘home tour’ menunjukkan beberapa kawasan di dalam rumahnya yang separa siap.

“Semua hasil kerja anak Melayu, nak kongsi dengan korang. Wainscoting kayu Nyatoh, grand mirror, diamond mirror, sangat puas hati!” tulis Lan di dalam hantaran tersebut.

Difahamkan Lan bersama keluarga mula memasuki kediaman baharunya itu pada sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini.
A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti melahirkan ucapan tahniah pada Lan dan isteri, Sheila Hassim selepas masuk ke rumah baharu hasil usaha gigih mereka menjalankan perniagaan.

Pada masa yang sama, ramai turut memberikan pujian terhadap citarasa dekorasi kediaman terbaharu pasangan itu.

“Besarnya rumah, cantik Lan,” komen Roy Azman.

“Tahniah Lan dan Sheila. Nanti jemput tau, nak pi,” ujar Mila Jirin.

“Tahniah! Cantik sangat. You deserve it. Alhamdulillah,” puji seorang wargamaya.

“Weh terbaik! Banyak tempat boleh OOTD ni,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, tahniah Lan rezeki dari Allah di atas usaha gigihmu,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Lan membuka perniagaan kedai runcit, Solo Borneo Mart yang kini mempunyai dua cawagan iaitu di Bandar Bukit Puchong dan Ampang.