HIBURAN
Lana Condor Ajak Ross Butler Berlakon Bersama - “Mereka Tanya Saya…”
Pelakon Antarabangsa, Lana Condor meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang membintangi filem romantik bersama rakan baiknya, Ross Butler.
Menerusi satu temubual, Lana mendedahkan dia diberikan kebebasan untuk mencadangkan pelakon yang ingin digandingkan bersamanya dalam filem berkenaan.
“Saya benar-benar teruja apabila mendapat tawaran ini. Pada waktu itu watak saya belum pun dimuktamadkan, namun pihak penerbit dan pengarah sangat terbuka dan pemurah.

“Mereka bertanya jika saya ada sesiapa yang saya ingin bekerja bersama sebelum mereka memilih dari senarai mereka sendiri,”katanya.
Setelah diberikan kebebasan dalam memilih gandingannya, aktress yang terkenal dengan siri popular To All the Boys I’ve Loved Before terus menyebut Ross Butler.
Lana juga berkongsi bagaimana dia sendiri menghubungi pelakon itu untuk meyakinkannya menerima tawaran membintangi filem tersebut.
“Saya telefon Ross dan cuba ‘jual’ idea tentang filem ini kepadanya. Kami berdua tahu projek ini bakal membawa kami ke ruang lakonan yang belum pernah kami terokai bersama,” jelasnya.
Pada masa sama, Ross turut berkongsi pengalaman unik mereka sewaktu penggambaran terutama ketika mereka perlu menjayakan babak romantik.
“Kami seperti abang dan kakak. Sering mengusik dan sengaja mencipta suasana janggal antara satu sama lain.
Jadi, apabila tiba hari pertama kami perlu bercium di set, kami hanya mampu berkata, ‘Inilah masanya’,” ujar Ross berseloroh.
Comel kan Lana Condor dan Ross Butler ni! Jadi, jangan lupa untuk tonton filem Worth The Wait di pawagam mulai hari ini!