Pelakon Lana Nodin berang apabila tidak dapat membeli keperluan barang yang dikehendaki ketika sampai di sebuah kedai.

Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin berkata hanya barang essential sahaja yang dibenarkan untuk dibeli.

Katanya lagi, tindakan kedai menutup sesetengah bahagian barang telah menyusahkan pengunjung yang hadir memandangkan sekarang Malaysia berada dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau lockdown.

"Tolong jelaskan kepada saya perkara bodoh ini. Hidup kita sekarang tengah pasal sengsara pasal MCO sekarang kenapa nak buat lagi teruk? Baik tutup ja kedai tidak perlu section per section buka.

"Saya memang tak faham langsung apa undang-undang suruh buka section tertentu saja baik suruh tutup ja kedai!

"Contoh semalam kawan saya pergi kedai baby nak beli botol susu anak. Pampers dan susu anak boleh jual tapi botol susu tak boleh?

"Yang saya pelik, alkohol dan rokok boleh jual dekat 7-Eleven. Benda tak penting boleh pula jual," katanya menerusi rakaman video di Instagram Stories.

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)


Tambah pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, dia turut tidak berpuas hati apabila dilarang untuk memasuki ke dalam kedai apabila gagal untuk mengimbas MySejahtera.

"Lagi satu, saya tak bawa telefon bimbit masa pergi kedai, nak cepat. Sekarang ini, ada aplikasi MySejahtera saja boleh masuk.. dah tak boleh tulis kat buku.

"Katakan terjadi dekat mak ayah kita yang tak tahu pakai smartphone. Nak kena paksa ka? Bagi saya, tak logik," katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang berumur 41 tahun berharap agar pihak berkaitan tampil memberi penjelasan bagi memperjelaskan situasi yang berlaku.

"Video ini saya buat sebab saya nak penjelasan. Saya cuma tak puas hati. Benda ini sangat penting untuk saya nak tau," katanya lagi.