Tanpa perlu berselindung atau menipu, pelakon Lana Nodin menerusi video yang dimuat naik di Instagram mengakui dia telah selesai menjalani pembedahan pada bahagian hidungnya di Seoul, Korea.

Menerusi perkongsian tersebut, Lana yang sedang berjalan-jalan memberitahu tiada lagi bengkak dan lebam pada bahagian wajahnya selain tidak berasa pening dan sakit selepas hari ke-15.

Malah menurut pelakon drama Cinta Ibadah itu, balutan pada bahagian hidungnya akan dibuka dalam masa tujuh hari lagi.

“Hi, ini merupakan hari ke-15 selepas pembedahan, surprisely tak ada bengkak dan lebam di muka, saya pun dah mula keluar berjalan di Seoul.

“Saya tak ada rasa pening dan sakit di bahagian muka, seperti mana tanya anda lihat bengkak di muka saya dah hilang, tak ada dah bengkak. Dalam masa tujuh hari lagi akan buka balutan,” katanya.

Bagaimanapun Lana dipercayai bertindak memadam perkongsian tersebut selepas beberapa minit di muat naik di laman Instagram miliknya.

Biarpun sudah dipadam di Instagram namun video tersebut sempat dimuat naik di saluran YouTube ‘Selebriti Malaysia’.

Sebelum ini, Lana pernah berterus-terang dia memang lakukan sesuatu pada hidungnya sehingga kelihatan pelik.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata dia perlu memasukkan plastik pada hidungnya secara berkala selepas hidungnya pernah patah akibat kemalangan sewaktu dari sekolah lagi.

Kata Lana, dia terpaksa membuat prosedur terbabit demi kebaikan dan sebenarnya tak pernah terfikir mengubah apa-apa pada wajahnya kalau bukan terpaksa.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!