Hiburan

Lancar Album Terakhir, Faizal Tahir Nak Berhenti Menyanyi?

gempak
Kamaruddin Razal
07/08/2019
23:51 MYT
Sponsor Banner
Lancar Album Terakhir, Faizal Tahir Nak Berhenti Menyanyi?
Penyanyi, penerbit muzik dan komposer Faizal Tahir menepis tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan dia mahu berhenti menyanyi selepas muncul dengan album terakhir yang berjudul Rojak.
Menurut Faizal, dia hanya mahu memperlahankan sahaja kerjaya nyanyiannya dan menumpukan fokus terhadap kerjaya belakang tabir serta memberikan lebih masa kepada keluarga.
"Ya, ini memang album fizikal terakhir saya tetapi saya belum mahu berhenti menyanyi. Saya masih melibatkan diri dalam industri muzik.
"Mungkin selepas ini saya memperlahankan rentak dalam bidang nyanyian tetapi kerjaya sebagai komposer dan penerbit masih berjalan.
"Saya cuma mahu berhenti menghasilkan album fizikal dan mahu memberikan lebih banyak masa kepada keluarga dan kehidupan," katanya.
Tambah Faizal, dia mempunyai sebab tersendiri ketika mengambil keputusan untuk menjadikan Rojak sebagai album fizikal terakhirnya.
"Saya rasa semuanya maklum dengan situasi yang dihadapi oleh industri muzik masa kini. Kita semua sedang beralih ke era digital dan penghasilan album fizikal kurang mendapat sambutan.
"Kadangkala, masa dan tenaga yang dikorbankan untuk menghasilkan sebuah album fizikal tidak berbaloi dengan hasil yang dituai. Saya masih menghasilkan material baru, tetapi semuanya mengikut acuan digital," katanya lagi.
Album Rojak yang kini sudah menemui peminat di pasaran menampilkan sembilan lagu termasuklah Ragaman, Bisa Aja, Ratu, Kamu dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024