gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Saya Cemburu Tengok Lelaki Pandai Masak" - Hafiz Mahamad Cuba-Cuba Buat Pizza, Tak Sangka Feedback Cakap Sedap!
HIBURAN
Kmy Kmo Mohon Doa, Sebak Anak Diuji Penyakit Sejak Bayi - “Doakan Keputusan Sampel Cecair Tulang Belakang Jabbar Negatif Dari Segala Kuman…”
HIBURAN
Panik! Nadeera Zaini Hampir Hilang 169,000 Pengikut Instagram - “Tergamak Dia Kata Saya…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Lancar Butik Tudung Mewah RM2.5 Juta, Pengasas Akhirnya Serah Perniagaan Pada Anak

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
07/04/2021
00:22 MYT
Sponsor Banner
Lancar Butik Tudung Mewah RM2.5 Juta, Pengasas Akhirnya Serah Perniagaan Pada Anak
Buat pertama kalinya, butik tudung paling mewah dengan hiasan 100,000 butir batu kristal Swarovski dan menelan belanja sehingga RM2.5 juta dilancarkan dan dibuka di Malaysia.
Pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Masyuri bersyukur kerana akhirnya impian untuk memiliki butik semewah Crystal World Bawal Exclusive itu tercapai.
“Sebenarnya impian untuk memiliki butik tudung mewah ini bermula ketika saya menghadiri malam ulang tahun Swarovski yang ke 125 tahun di Wattens, Austria.
“Saya terpukau melihat pancaran kristal Swarovski yang bermula dengan satu butir batu kristal menghasilkan pancaran laser dalam dewan. Ia satu kenangan yang indah yang sukar untuk dilupakan.
“Jadi sejak itu, saya menanam impian agar satu hari nanti saya akan membawanya ke Malaysia. Kini butik Crystal World Bawal Exclusive bertaraf antarabangsa,” katanya.
Haliza ditemui selepas pelancaran Crystal Bawal Exclusive pada Isnin yang turut dihadiri tetamu khas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. Butik tudung mewah yang hanya menerima kunjungan pelanggan menerusi temu janji khas itu mempamerkan tudung bertahtakan batu-batu Swarovski bernilai RM10,000 hingga RM113,000.
Dalam pada itu, Haliza turut mengumumkan Bawal Exclusive yang sudah berada dalam industri perniagaan sejak 23 tahun itu akan diserahkan kepada anak sulungnya, Muhammad Zuhairi Syazwan, 22.
“Saya pun makin tua dan kadang-kadang kudrat tu rasa tak mampu untuk lakukan semua. Jadi sementara anak saya pun sedang belajar dalam bidang perniagaan saya rasa sudah tiba masanya saya serahkan kepadanya untuk mula ambil alih sedikit demi sedikit.
“Terus-terang saya tak beri kemewahan pada anak saya ini, dari kecil dia sudah ikut saya ke kilang untuk melihat proses pembuatan tudung dan ambil pengalaman bekerja dengan saya sama seperti pekerja lain,” katanya lagi.
Selain Zuhairi, Haliza mempunyai seorang anak perempuan.
Crystal World Bawal Exclusive terletak bersebelahan dengan butik tudung bawalnya yang terletak di Bandar Bukit Puchong, Puchong Selangor.
Topic Berkaitan
#Anak
#Tudung
#Mahal
#Butik
#Mewah
#Bawal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement