Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Lancar Lagu ‘Untukmu Aku Bertahan’ Versi Orkestra, Afgan Dedikasikan Sempena Hari Kesihatan Mental - “Jangan Pernah Menyerah Dengan Diri Sendiri”

Asyraf Roslan
12/10/2024 09:55 MYT
Sempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia, penyanyi popular Indonesia, Afgan telah melancarkan lagu Untukmu Aku Bertahan versi orkestra.

Menurut pemilik nama Afganshah Reza,35, mungkin sebelum ini ramai yang menganggap bahawa naskah itu sesuai ditujukan kepada orang yang kita cintai.

Namun sebenarnya lagu itu juga sesuai untuk didedikasikan kepada diri sendiri yang sudah bertahan dalam menempuh dugaan hidup.

“Sempena hari kesihatan mental sedunia, saya telah melancarkan lagu Untukmu Aku Bertahan versi live orkestra untuk anda semua.

“Mungkin selama ini interpretasi anda semua untuk lagu itu adalah lebih kepada apa yang kita mahu sampaikan kepada orang yang kita cintai, tapi kita lupa kita juga boleh menyanyikan lagu ini untuk diri kita sendiri.

“Boleh ditujukan khas buat diri anda yang selama ini terus memilih untuk bertahan dan terus ada untuk diri sendiri, jadi anda perlu menghargainya,” katanya.

Afgan juga meminta kepada orang ramai supaya tidak mengalah dalam kehidupan dan percaya bahawa kita semua boleh menempuhi segala cabaran yang ada dalam hidup ini.

“Mungkin kesulitan yang anda hadapi ini akan membuatkan anda menjadi seorang yang lebih kuat, orang yang mempunyai presfektif hidup yang lebih luas, jangan pernah menyerah dengan diri sendiri dan percaya yang anda mampu untuk tempuhi segala cabaran dalam hidup anda.

Pada masa sama, pelantun lagu Ku Mohon ini juga mengingatkan kepada semua untuk sentiasa menjaga dan jangan pandang enteng mengenai kesihatan mental.

Afgan juga melihat bahawa kesedaran mengenai kesihatan mental pada masa sekarang lebih meluas berbanding dahulu.
#Afgan #Kesihatan Mental #Untukmu Aku Bertahan
;