Langgar Iddah? Puteri Sarah Maklum Setiap Pergerakan Kepada Bekas Suami - "Dia Tahu Saya Kerja, So Tiada Masalah"
Gempak
12/07/2023 04:55 MYT
12/07/2023 04:55 MYT
Bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana menegaskan dia sentiasa memaklumkan setiap pergerakan dan aktiviti hariannya kepada bekas suami.
Jelas Puteri Sarah, tidak timbul isu dakwaan langgar iddah selepas mereka sah bercerai pada 13 Jun lalu.
"Iddah ni, kalau macam suami mati, baru dia berkabung duduk di rumah dan tak boleh berhias. Macam Sarah, disebabkan tuntutan kerja.
"Dia memang tahu Sarah kerja, shooting. In fact, hari tu Sarah pergi Jakarta pun dia tahu. So tiada masalah," jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 di Sungai Penchala, Damansara pada Selasa.
Biarpun menerima pelbagai reaksi negatif netizen berkenaan dakwaan langgar iddah, Puteri Sarah tetap tenang dan perlu memperbetulkan tanggapan salah segelintir pihak.
Sementara itu, selepas sebulan sah bercerai dengan Syamsul, Puteri Sarah mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan gembira untuk memulakan kehidupan baharu.
"Lepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa and spend time dengan anak-anak dan hubungan dia dengan mereka semakin baik," ujarnya.
Untuk rekod, Syamsul, 39, dan Puteri Sarah, 38, sah bercerai talak satu pada 13 Jun 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.