Langgar Perjanjian, Suami Elisya Sandha Failkan Tuntutan RM808,260 Terhadap Syarikat Wak Doyok
Langgar Perjanjian Pembayaraan Sewa Kenderaan
Pengarah LXM Resources, Uzair Haqimy Azman berkata, tuntutan itu dibuat atas pelanggaran perjanjian dalam pembayaran sewa kenderaan yang melibatkan jumlah keseluruhan tuntutan sebanyak RM808,260.00.
"Kami telah berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secara baik dengan memberi peluang kepada defendan membuat pembayaran sebelum tindakan guaman difailkan, namun mereka gagal mematuhi tuntutan tersebut.
“Saya terkilan kerana syarikat kami selalu memberikan komitmen sepenuhnya apabila diberikan satu projek, jadi bila projek ini berakhir dengan sesuatu yang tidak dijangka pastinya saya kecewa.
“Kedua-dua kontrak sudah dilanggar. Maka, kami terpaksa membawa perkara ini ke peringkat mahkamah," katanya.
Uzair berkata demikian pada sidang akhbar tuntutan guaman terhadap WD Food di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Tuntut Bayar Sekali Penalti
Sementara itu, peguam yang mewakili Uzair, Ismail berkata, tuntutan berjumlah RM808,260 itu termasuklah penalti kelewatan pembayaran yang merangkumi ganti rugi am, faedah sebanyak 5 peratus setahun dan kos tindakan guaman.
"Kami menuntut penghakiman yang adil daripada mahkamah agar defendan membayar tunggakan sepenuhnya bersama penalti yang sewajarnya.
“Notis tuntutan kami sudah beri kepada pihak plaintif sekitar 23 Disember 2024.
“Kami beri 14 hari tempoh maklumbalas kepada pihak plaintif, jadi bila tiada maklum balas kami akan teruskan sahaja notis tuntutan peguam.
“Sebelum itu juga pihak syarikat sudah memberikan peringatan secara syarikat ke syarikat cuma ini adalah pilihan terakhir.