Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing didenda RM1,000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit
Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.
"Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.
"Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit dalam akaun Facebook miliknya.
Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.
Sumber: Awani
Syafiqah Jalal
Sat Feb 13 2021


Penjaga Blake Peluk Islam, Netizen - “Alhamdulillah, Rupanya Ada Hikmah Di Sebalik Pemergian Anjing K9 Kesayangan”
Alhamdulillah...

Ayda Jebat Bakal Timang Anak Lelaki
Wah! Tahniah Ayda!

“Tindakan Susulan Ke Atas Pemandu…” Didakwa Sengaja Tinggal Penumpang Lewat Seminit, Mara Liner Tampil Mohon Maaf
Mara Liner mohon maaf.

Manis Berbusana Putih, Senyum Malu-Malu, Noh Salleh & Athira Selamat Bernikah
Alhamdulillah.

Raysha Rizrose Percaya Wanita Boleh Tinggi Diri Bila Ada Duit, Beri Pesan Buat Para Isteri
Raysha Rizrose percaya berapa besar status kerjaya atau banyak manapun duit yang dimiliki wanita

Proses Rakaman, Klip Video, Sampul Album… Ini 8 Fakta Yang Peminat Perlu Tahu Tentang SITISM
Siti bercerita tentang SITISM

Anggota Polis Thailand Berwajah Kacak Viral Ketika Sedang Bertugas
Kacak betul

“Tiga Perkahwinan Bukan Gagal, Sebaliknya…” - Engku Emran Mohon Hormati Noor Nabila
Engku Emran mohon orang ramai hormati Noor Nabila.
Family Photoshoot Pertama Baby Tuah - Oh Baby Remy! - Ep6
Newborn photoshoot for baby Tuah haritu Ayahanda request nak photoshoot baby baju Hang Tuah. Ayahanda nya paling excited tema ni! Comel kan mini pendekar kita ni Rasa tema apa lagi yang diorang buat ye?
Jangan lupa follow #OhBabyRemy untuk update menarik di semua platform Gempak okay?!
Jangan lupa follow #OhBabyRemy untuk update menarik di semua platform Gempak okay?!
![[VIDEO] Mengaji Siap Taranum, Kapla Dipuji Netizen - “No Wonder Ramai Perempuan Crush” [VIDEO] Mengaji Siap Taranum, Kapla Dipuji Netizen - “No Wonder Ramai Perempuan Crush”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/amir-quran.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Mengaji Siap Taranum, Kapla Dipuji Netizen - “No Wonder Ramai Perempuan Crush”
Memang sedap suara Amir