Langgar SOP PKPB, Neelofa & PU Riz Lepas Tanpa Bebas
Gempak
01/12/2021 04:50 MYT
01/12/2021 04:50 MYT
Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz terhadap pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Ekoran itu, beliau menetapkan tarikh 21 Disember ini bagi perintah pelepasan dan pembebasan (DNA).
Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
PU Riz, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.
Sementara Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.
Mereka berdepan dengan hukuman tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.
BACA: Kes Langgar SOP Neelofa & PU Riz Ditunda Sekali Lagi
Foto: BERNAMA