Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Langit Masih Cerah Tapi Apa Nasib Taman Tema Ketika Pandemik?

Amri Hassan
23/11/2020 08:45 MYT
Tahun ini merupakan tempoh yang sukar buat semua dan pastinya berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini ekoran peningkatan kes Covid-19 meningkat naik secara mendadak di seluruh dunia.

Banyak industri yang tidak mampu bertahan lama dalam keadaan seperti ini. Kita tidak lagi melihat kabin krew bergegas di lapangan terbang, tidak dapat lagi menghadiri konsert di stadium dan banyak lagi.

Begitu juga dengan taman tema, tiada jeritan keriangan para pengunjung. Kebanyakan tempat bertukar sepi seperi ‘Ghost Island’.

Taman Tema Sunway Lagoon antara yang terkesan dengan pandemik ini. Selain menangguhkan acara tahunan yang ditunggu-tunggu iaitu Day. Light. Fright, kedua-dua taman temanya, Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun ditutup sehingga 6 Disember 2020.

Bagaimana Ingin Menikmati Keseronokan Dengan Norma Baharu ?

Justeru, Sunway Theme Parks berusaha mencari inisiatif untuk memberikan keseronokan yang berbeza buat pengunjung mereka dengan cara norma baharu apabila dibuka kelak.

Meskipun taman tema ditutup, pekerja-pekerja tetap komited serta mengikuti latihan sebagai persediaan untuk menyambut pembukaan semula taman tema.

Sunway Theme Parks akan menyesuaikan langkah-langkah keselamatan sebagai norma baharu seperti mengamalkan penjarakan fizikal, kapasiti yang terhad, memakai topeng muka, menggunakan pencuci dan banyak lagi.

Selain itu, Sunway Theme Parks tampil menyelesaikan persoalan orang ramai mengenai standard operasi prosedur di taman tema khususnya permainan yang berkelajuan tinggi.

Ujian telah dijalankan terhadap permainan-permainan mereka lebih daripada 100 kali. Pekerja mereka telah menguji dengan memakai topeng muka yang berbeza. Bukan itu sahaja, mereka turut mengamalkan penjarakan fizikal di tempat duduk permainan mereka.

Menurut Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho ujian yang dilakukan penting untuk memastikan keselamatan pengunjung namun pada masa sama masih dapat berseronok.



"Semua ujian yang dijalankan amat penting jadi kita dapat memastikan keselamatan para pengunjung kami terjamin di samping mereka kekal dapat berseronok. Hal ini kerana, keselamatan para pengunjung adalah keutamaan kami.

"Pihak Sunway Theme Parks turut memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan semua orang kerana kami yakin, standard operasi kami berada pada tahap yang tertinggi. Kami berharap agar industri pelancongan domestik dibenarkan semula dan taman tema kami dapat dibuka tidak lama lagi," ujarnya.


#Taman Tema #Sunway Lagoon #Lost World of Tambun
;