,
Laman Utama

Lantang Bersuara Isu Palestin, Nadhir Nasar Tak Kisah Disekat Jenama Besar - “Saudara Islam Kita Sedang Menderita”

Mya Amri
19/10/2023
08:00 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui tidak bimbang sekiranya tindakan yang lantang menyokong Palasetin memberi kesan terhadap pembabitannya dengan jenama antarabangsa.
Bahkan kata Nadhir, dia percaya bahawa segala punca rezeki datangnya dari Tuhan.
"Kalau ada yang rasa takut disekat oleh mana-mana jenama, apa yang saya boleh katakan semua itu hanyalah sementara. Apa yang kita miliki ini sementara sahaja.
“Sebagai selebriti saya ada platform dan pengaruh, bagi saya tak perlu takut hilang punca rezeki kerana punca rezeki itu datang dari tuhan,” katanya.
Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul My Famous Ex-Boyfriend pada Selasa.
Jelas Nadhir lagi, itu merupakan antara cara yang dapat dilakukan untuk membantu dan menyatakan sokongan terhadap saudara Islam di Palestin.
“Apa lagi yang boleh saya buat? Kalau nak pergi berperang, adakah iman saya sudah cukup kuat? Ini sahaja cara saya untuk tunjukkan sokongan terhadap saudara Islam kita yang sedang menderita di sana.
“Mungkin kerana negara kita pernah dijajah, jadi ia membuatkan saya jadi bersemangat untuk bersuara,” jelasnya.
Bagaimanapun kata Nadhir sekiranya ada selebriti yang enggan menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak di media sosial, itu juga adalah hak mereka dan meminta orang ramai tidak lekas menjatuhkan hukuman.
“Itu atas individu masing masing, kita tak boleh jatuh hukum kerana ia adalah hak peribadi setiap orang.
“Kita doa saja sesiapa yang menyokong pihak yang betul terus kekal di pihak sana.
“Kepada sesiapa yang tak tahu macam mana nak bersuara, datanglah berjumpa dan kita bersuara bersama,” ujarnya.
Terdahulu, Nadhir diminta mengulas mengenai pekara itu selepas ramai dalam kalangan selebriti terkenal dunia menerima kesan susulan sokongan mereka terhadap Palestin ketika ini.
Dalam perkembangan lain, Nadhir bakal muncul dalam drama adaptasi novel popular bertajuk Petrichor, iaitu My Famous Ex-Boyfriend.
Selain Nadhir, drama bersiri ini juga dibintangi oleh Qasrina Karim, Hael Husaini dan pempengaruh, Cupcake Aishah.
My famous Ex-Boyfriend akan menemui penonton mulai 23 Oktober setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Ia juga akan ditayangkan di sooka menerusi pelan langganan mudah alih pelan Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Lebih 5,000 peminat serbu Meet & Greet Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

gempak
05/11/2024
09:55 MYT
Astro telah menganjurkan sesi "Meet & Greet" di Astro Experience Store, IOI City Mall bagi drama yang sedang hangat diperkatakan, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi. Sambutan yang diterima di acara ini semalam sangatlah menggalakkan di mana ibu bapa bersama anak-anak mereka hadir sebagai tanda sokongan kepada drama ini, mengumpulkan lebih 5,000 pengunjung
Hiburan

“Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura

gempak
01/11/2024
00:55 MYT
Boleh dikatakan setiap hari pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak akan terlepas berkongsi mengenai Palestin di setiap platform laman sosial miliknya.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Yahya Sinwar Terbunuh Akibat Tembakan Di Kepala

gempak
19/10/2024
04:55 MYT
Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat "kecederaan otak traumatik yang teruk" selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Unitar