Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad memaklumkan akaun Instagram miliknya telah disekat selama 30 hari.

Menurut Suhaimi, sekatan tersebut berlaku kerana dia sering menyuarakan pendapatnya mengenai penolakan serta anti vaksin.

Menerusi laman sosial Facebook, Suhaimi menyatakan dia tidak kisah apabila akaun Instagramnya disekat.

“Disebabkan SS (Suhaimi Saad) selalu share pasal vaksin dan kantoikan kerajaan, ada orang Islam yang buat report. So IG pun block akaun SS 30 hari. Ada ku kesah!

“Makluman, IG SS kena block 30 hari. Jangan tanya lagi. #AdaKuKesah,” tulis Suhaimi di ruangan kapsyen.



Sebelum ini, Suhaimi lantang berbicara mengenai keburukan vaksin dan pernah seolah-olah menggelarkan individu yang sudah mengambil vaksin sebagai lembu.

Selain menolak vaksin, Suhaimi dan keluarganya juga turut tidak mengambil sebarang ubat ubatan.

Bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team ini juga tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan dia serta isteri mendidik sendiri anak-anaknya di rumah secara home schooling.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.