,
Berita

Lapan Gerai Uptown Danau Kota Musnah Terbakar

Awani
31/07/2024
03:01 MYT
Lapan gerai jualan di Bazaria Wangsa Maju atau lebih dikenali sebagai 'Uptown Danau Kota' di Jalan Danau 1, Setapak musnah dalam kebakaran.

Gerai musnah seratus peratus

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 pagi, sebelum pasukan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi.
"Operasi pemadaman kebakaran itu dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dan dibantu BBP Setapak membabitkan kekuatan 14 anggota.

"Setiba di lokasi kejadian, bomba mendapati lapan gerai jualan di Bazaria Wangsa Maju (Uptown Danau Kota) terbakar.

"Kesemua gerai terbabit musnah 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Bagaimanapun Bomba memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.
Sumber: ASTRO AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Laman Utama

Tanah Jerlus:'150 Anggota SAR Setiap Hari, Kita Sudah Buat Yang Terbaik' - Bomba

gempak
03/09/2024
05:55 MYT
"Sepanjang tempoh sembilan hari operasi SAR itu, kita telah buat yang terbaik."
Laman Utama

Tak Ada Pick Up Line, No Hal! Kali Ini Abang Bomba Upgrade, Beri Gula-Gula Lolipop Sebagai Hadiah Buat Pengunjung

gempak
31/08/2024
03:55 MYT
Pernah mencetuskan fenomena dan tular dalam acara sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, kemunculan abang Bomba berbadan 'sado' terus mencuri tumpuan pengunjung yang hadir ke Dataran Putrajaya, pagi Sabtu ini.
Viral

Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

gempak
30/08/2024
11:55 MYT
Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.