Laman Utama
Lapan Tahun Berkahwin, Ustaz Don Kongsi Tips Perkahwinan Yang Diamalkannya
Penceramah terkenal berstatus selebriti, Ustaz Don Daniyal baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama isteri, Dr. Husna Mohd Zahry.
Mengambil keberkatan perkahwinannya, Daniyal terbuka hati untuk berkongsi tips dan petua yang diamalkan olehnya.
Kata Daniyal dia menulis tips tersebut bukan dengan niat untuk menunjuk sebaliknya sebagai perkongsian sesame manusia.
“Aku Suami. Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah...”
“Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. :) okay. Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan. (P/s: maksud 8 tahun ni, dah lalu fasa pertama 5/6 tahun ujian rumah tangga. Masuk fasa kedua. Kalau orang tua-tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau masih pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer lah.
“Ni kata orang tua-tua... Masih lagi jalan pegang tangan. Terima kasih orang tua-tua ataih nasihat... point di sini, bukan senang ya nak buat... haaaa),” tulisnya.
Berikut merupakan petua diamalkan Daniyal mengikut nasihat orang-orang lama
1.Tanggungjawab
“Tanggungjawab ada dua perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’... Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”.
“Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
“Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah.
“Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah.
“Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah. (P/s: lepaih baca ni saya tau, ramai yang nak sambung tulihkan, sila tulih diruangan komen no)”
2. Sembahyang Berjemaah
“Ini memang satu miracle laaa... tak tahu nak kata macam mana, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah.
“Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana... Amalkan lah... jangan tinggai...”
“Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu... bagi masa, agak-agak lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut dan minta pi sembahyang.
“Jangan la buat chengé tak memasai... relaks la... Nabi Muhammad dengan keluarga pun relaks... Kalau susah, biasalah... Bukan kita kawen dengan anak Nabi Shuib AS. so, relaks.
“Okay. Bawah ni akan mai, bila ada dua yang ataih (atas) ni...”
3.Rumah
“Bagi rumah yang selesa... Sewa pun tak apa. Kecil bukan dia pun tak apa. Beli pun tak apa. Baguih. Studio style ka, bunglow ka, teres ka, tak apa. (Alamak, syempoiii... masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4.Kewangan
“Abang, please... jangan jadi macam saya umur 35 baru nak belajar jaga duit dan urus duit nanti menyesal tak sudah Abang.
“Mujur la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang... Abang, jangan lewat macam saya Abang... maklumat sekarang dah banyak.
“Buka Youtube, dengar. Buka Pinterest, baca. Buka Instagram, ambil manfaat. Buka Facebook, baca,”
5.Kenderaan
“Mesti kena ada. Motor bagus tak salah. Ada kereta walaupun kecil, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah.
“Kadang-kadang kita buat moto, kira-kira dah boleh beli satu Kancil. Saya tak kata pun salah buat motor.
“Buat. Tak ada masalah. Asalkan ingat point nombor 1 dan 2 yang di atas. Okay my Brothers... I Love You All my Beloved Brother di luaq sana... Brotherhood forever,” kongsinya.
Terdahulu, ustaz Don berkahwin dengan Husna pada 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak, Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman.