Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan

Maliah Surip
Mac 21, 2023 06:30 MYT
Sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat menjadi huru hara dan kecoh hanya kerana tindakan seorang penumpang yang membawa pulang ‘cenderahati’ selepas melawat Ghana, Afrika Barat.
Penumpang tersebut diketahui telah membawa pulang enam ekor siput babi yang diletakkan dalam beg.
Penemuan itu ditemui oleh kakitangan lapangan terbang Detroit Metro dari beg pelancong yang didakwa menjadikan siput babi yang dibawa pulang sebagai santapan, lapor New York Post.
“Pihak kakitangan lapangan terbang dan pertanian berjaya mengesan dan mencegah ancaman sebelum ia akan memberi kerugian kepada AS,” kata wakil lapangan terbang tersebut.
Siput babi raksasa Afrika dikategorikan sebagai makanan eksotik oleh kerajaan AS dan disifatkan boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada manusia dan alam sekitar.
Selain AS, Australia juga mengharamkan siput babi raksasa Afrika di negara mereka. Namun, terdapat negara lain dengan penduduknya bukan sahaja memakan, tetapi membela ia sebagai haiwan peliharan.
Siput babi Afrika didakwa boleh membesar sehingga 20 sentimeter, boleh memakan sehingga 500 jenis tumbuhan dan membawa parasit.
#Tular #Dunia #Airport #Lapangan terbang #Siput Babi