Gaya Hidup
Lapar? Kami Kongsi 5 Resepi Berlainan Untuk Memasak Mee Segera
Sudah jadi kebiasaan bila masuk ke dapur, pening kepala memikirkan apa yang hendak dihidangkan. Mee segera mungkin antara makanan paling mudah dimasak bila kita tidak tahu apa yang mahu dibuat.
Jemu juga kalau hanya menggunakan perencah biasa dicampur air dan mungkin juga telur. Apa kata anda cuba lima resepi mee segera ini yang boleh membuka selera tidak kira masa.
1. MAGGI BANDUNG
Bahan-bahan:
1 paket maggi perisa ayam, asingkan perencahnya
1 pokok sawi bok choy, asing daun dan pelepahnya, siang berasingan
1 biji tomato kecil, belah 4
2 batang kacang buncis, hiris serong
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang
1 kelopak kobis cina, hiris
1 camca teh sos ikan
1 1/2 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
1 biji telur
1 batang sosej, hiris (boleh guna udang, daging, sotong atau ayam, ikut suka)
3 cawan air
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi, tambah sambal tumis, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap.
Tuang air dan masukkan sosej dan perisa perencah maggi tadi. Kacau rata. Bila mendidih perlahankan api, masukkan telur, pelepah sawi dan masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
Tambah kacang buncis, kobis dan daun sawi serta mee maggi, masak hingga mee lembut, tambah sos ikan dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Rasa dan jika okay boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.
Kredit: tiffinbiru
2. MAGGi GORENG MAMAK
Bahan-bahan:
1 paket maggi kari
2 telur
Untuk membuat kuah:
Sos cili secukupnya
Sos tomato secukupnya
Kicap pekat secukupnya
Untuk membuat perencah:
Sedikit tauhu goreng
Sedikit daun sawi
Sedikit tomato yang dipotong 4
Maggi cukup rasa secukupnya
5 ekor udang
Cara-cara membuat:
1.Rebus dahulu maggi didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
2.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
3.Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan telur.
4.Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
5.Kemudian,masukkan udang,sawi,tomato,tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
6.Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
7.Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
8.Jika sudah rasa okay bolehlah dihidangkan.
P/s : Resepi Maggi Goreng Mamak akan menjadi lebih sedap jika anda perahkan sedikit limau dan jika ingin cantik lagi susunkan cili besar yang telah di potong di tepi pinggan.
3. MAGGI HAILAM SEAFOOD
Bahan-bahan:
1 Bungkus Maggi (tak kisahlah jenama apa. Saya pakai jenama Maggi)
Kaki ayam ( boleh tukar dengan isi ayam. Wajib ada ayam sebab nak kan air rebusan dia)
5 ekor sotong (di potong)
5 ekor udang
Bawang kecil dihiris
Halia 1 inci. Dihiris dan diketuk.
Sayur sawi dipotong
Lobak Merah dihiris bulat
Lada kecil dipotong
Tomato dibelah 6
Tepung jagung/gandum 1 sudu dibancuh dengan sedikit air.
Air 1 cawan
Kicap Secukup rasa
Cara-cara:
Rendam maggi terlebih dahulu. Jangan terlampau lama! Kemudian toskan. Letak di tepi.
Masukkan 1 cawan air kedalam kuali. Masukkan juga kaki ayam atau isi ayam. Biarkan sehingga masak.
Masukkan pula seafood iaitu sotong dan udang. Biar sehingga masak.
Masukkan kicap, halia, lobak dan bawang. Biar kan lobak sedikit masak.
Masukkan lada yang telah dihiris, maggi, dan sawi. Kacau sehingga rata.
Perisakan dengan secukup rasa.
Masukkan tepung yang dibancuh tadi. Tuang sedikit sedikit. Kalau dah pekat, boleh stop.
Masukkan tomato. Kacau dan pastikan maggi masak ya. Siap! Boleh di hidang panas-panas!
4. KERABU MAGGI
Bahan-bahan:
Maggi Serda 3 bungkus
Udang / sotong / isi ketam - dicelur
Bawang besar 2 biji dihiris nipis
Daun ketumbar 3 tangkai dihiris
Tomato 2 biji dihiris
Limau nipis - 2 biji diperah ambil airnya
Cili merah/cili padi dihiris -ikut suka nak pedas letak lebih
Sos ikan/sos sotong - 2 sudu besar
Lobak merah parut/potong panjang
Cendawan jelly - direndam dan dicelur sekejap
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Celurkan maggi hingga lembut
Celurkan udang /sotong/isi ketam seketika.
Cendawan jelly direndam kemudian celur sekejap saja.
Dah boleh gaulkan maggi bersama semua bahan-bahan celur tadi beserta bahan hirisan.
Serbuk maggi tadi jangan dibuang ya, dijadikan bahan perasa beserta dengan sos ikan/sotong
Masukkan air limau nipis, sedikit garam dan gula. Gaul sebati semua. Dah siap! Selamat mencuba.
Ps: Selalu dalam kerabu thai mereka masukkan cendawan jelly. Memang sedap sangat kerana rasanya kenyal.
Credit : Nora Abdullah
5. MURTABAK MAGGI KARI
Bahan:
- Maggi Kari 1 bungkus
- Telur 3biji
- Bawang Merah 3 biji
- Sosej (rebus skejap) - Garam
- Ajinomoto
-Daun bawang
-Cukup rasa maggi
cara-cara:
1. Kita masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur, ke dalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati.
2. Rebus mee maggi sampai lembut.
3. Masukkan mee maggi kedalam bahan-bahan yang tadi kacau sampai sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Panaskan minyak masukkan mee maggi kedalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalik kan mee maggi.
5. Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Dah siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit: DAPURSHAIANNE
Ada banyak lagi cara untuk memasak mee segera supaya anda tidak bosan dan boleh menikmatinya dengan keluarga. Cubalah resepi-resepi yang kami kongsikan ini. Mana tahu, anda juga akan ada idea tersendiri suatu hari nanti.
Must-Watch Video