Viral

Lari Daripada Kebiasaan, Hijrah Prihatin Santuni 40,000 Golongan Memerlukan - "Memang Nak Bagi Semua Merasa"

gempak
Amri Hassan
20/07/2024
18:47 MYT
Sponsor Banner
Lari Daripada Kebiasaan, Hijrah Prihatin Santuni 40,000 Golongan Memerlukan - "Memang Nak Bagi Semua Merasa"
Sempena meraikan sambutan ulang tahun TV AlHijrah ke-14, sebanyak empat pertubuhan diberikan bakul makanan yang merangkumi makanan keperluan asas bagi menyantuni golongan memerlukan.
Sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah dan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.

BERITA TRENDING: Santuni Golongan Memerlukan, Restoran Chopsticks Asia Hulur Sumbangan 30 Hari 30 Rumah Kebajikan!

Lari daripada kebiasaan

Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah Saifulizan Sidek berkata, TV AlHijrah melalui inisiatif program Hijrah Prihatin Kisah Mereka kali ini pihaknya ingin lari daripada kebiasaan sambutan ulang tahun stesen itu.
“Selalunya kami yang menerima hadiah atau kek sempena tahun ulang tahun, tapi tahun ini kami ingin berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.
“Kami percaya inisiatif seperti ini lebih dekat dengan masyarakat. Kami sudah mengadakan pelbagai program sambutan, jadi kali ini kita cuba lari daripada kebiasaan. Kita perlu berkongsi program yang selalu dibuat tapi tak nampak di televisyen yang mana ia sangat signifikan dengan TV AlHijrah,” katanya.

BERITA TRENDING: "Dulu Hidup Saya Pun Macam Gelandangan, Nak Makan Meminta-Minta" - Juju Santuni Golongan Memerlukan, Dedikasikan Lagu Teduhan Kasih Mama

Jelajah pulau, pedalaman

Dalam masa sama, Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.
Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.
"Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar. Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
"Kalau boleh memang nak bagi semua orang merasa. Sebab itu kita cuba sedaya upaya bantu. Ada kes berkala dan ada kita pantau. Bukan nak menunjuk, tapi kita nak memberi galakkan kepada rakan-rakan korporat lain untuk sama-sama menyumbang," katanya.

BERITA TRENDING: "Penat Tapi Seronok" - Netizen Puji Individu Santuni Rider P-Hailing, Sedekah Makanan Percuma

BERITA TRENDING: "Saya Sangat Hiba, Sedih..." - Iqbal Zulkefli, Yayasan Ikhlas Santuni Remaja Sakit Saraf Akibat Jatuh Tangga Sekolah, Baiki Rumah Daif

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024