Hiburan
Lari Trend Nama Anak Sampai Empat Patah Perkataan, Peminat Puji Hafidz Roshdi Namakan Anak Humairah
Pelakon Hafidz Roshdi memilih nama Humairah untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 9 September lalu.
Hafidz menerusi entri akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi memberitahu nama anak perempuannya itu membawa maksud putih kemerah-merahan.
Sama seperti selebriti lain, Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri juga turut mewujudkan akaun IG anaknya @ Humairah.Hafidz dengan memuat naik foto pertamanya pada 18 September lalu.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji keindahan nama anak aktor tersebut.A post shared by لَااِلَهَ اِلَّااللهُ (@hafidz.roshdi) on
@asyhndhrh._: Alhamdulillah, cantik nama tu. Semoga adik @Humairah.Hafidz soleh dan taat kepada orang tua secantik namanya
@azurien18: Cantiknya nama. Nama yang indah sama dengan baby Ali anak @saharulridzwan @deenaemir.
@mohamadyaakub95: Alhamdulillah. Nama yang ringkas, comel nama dan maksud dia @hafidz.roshdi dan isteri pilih.
@abdullah.mohamad: Alhamdullilah, Akhirnya lari dari trend yang meletakkan nama sampai tiga empat rangkap.
Foto: Instagram @hafidz.roshdi
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video