Laman Utama
Laser Bertemu Laser Trending, Tok Ram Buka Rahsia Tinggal Di Hotel 13 Tahun Selepas Bercerai!
Program bual bicara santai Laser Bertemu Laser yang dihoskan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menjadi trending di laman sosial Twitter, sepanjang siarannya malam tadi (Khamis).
Episod kedua malam tadi mengundang Maestro Muzik tersohor, Datuk Ramli MS untuk berborak santai dengan Diva AA.
Antara topik yang menarik perhatian ialah apabila Diva AA berjaya mencungkil rahsia Datuk Ramli MS atau Tok Ram yang pernah tinggal di hotel selama 13 tahun.
Menurut Tok Ram, beliau tinggal di hotel selepas bercerai dengan isteri.
“Aku tinggal di hotel selama 13 tahun dan tak pernah tutup ‘aircond’ sepanjang tempoh itu.
“Buat apa nak malu? Selepas aku bercerai, aku bagi rumah aku dekat ‘my-ex’, aku keluar bawa baju je aku pergi duduk hotel.
“Kalau kau bagi pilihan antara rumah dengan hotel aku pilih duduk hotel sebab macam bomba mereka datang kalau kita minta apa-apa,” jawab Tok Ram jujur.
Tambah Tok Ram lagi, beliau juga tidak pernah berasa malu dengan tanggapan negatif orang lain terhadap dirinya.
“Kalau pergi rumah orang tak jemput makan…kita makan itu malu. Tapi malu kalau orang mengata, nak tengok kita negatif, I don’t care!,” katanya kepada Diva AA.
Jangan risau kalau terlepas menonton Laser Bertemu Laser kerana boleh ditonton di On Demand ataupun ulangan Sabtu ini jam 6.30 petang di Astro Ria.
Episod penuh juga akan disiarkan di laman web Gempak.
Laser Bertemu Laser bersiaran setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 124).
Program bual bicara santai dan spontan 8 episod ini menampilkan selebriti popular tanah air seperti Mas Idayu, Datuk Ramli MS, Datuk Seri Vida dan Michael Ang.
Menariknya kesemua tetamu undangan tersebut pernah dikecam hos (Diva AA) sebelum ini! Berani sungguh Diva AA ambil risiko ya?
Agak-agaknya siapa lagi laser…Diva AA atau tetamu-tetamu jemputannya?
Strim ‘Laser Bertemu Laser’ menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video