Penyanyi rap, penulis lagu dan produser, Altimet bakal tampi dengan satu persembahan terakhir sebelum bersara sebagai seorang penyanyi secara rasmi.

Persembahan bersejarah itu bakal berlangsung di konsert The Last Altimet Show yang dibawakan khas oleh Nescafe, ia akan berlangsung pada hari Sabtu, 16 Februari 2019 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Beberapa lagu dari setiap album akan dinyanyikan oleh Altimet sepanjang konsert itu berlangsung.

Malam itu juga akan turut menyaksikan persembahan dari barisan artis terkenal tanah air seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Zizi Kirana, Awi Rafael, Aman Ra dan ramai lagi.

Bercakap mengenai pemilihan lokasi, Altimet menjelaskan dia memilih Dewan Merdeka, PWTC kerana berpendapat tempat itu adalah salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia dan melambangkan karier seninya yang disifatkan sebagai 'merdeka'.

Dalam perkembangan lain, Altimet juga bakal melancarkan album terakhir yang diberi nama - O, ia bakal berada di pasaran bermula Jumaat, 21 Disember ini.

Kepada anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert The Last Altimet Show ini, tiket terhad Early Bird boleh didapati bermula harga RM 59 (presale) dan RM 109 (at door). Tiket terhad Eearly Bird ini boleh didapati menerusi altimet.com.my/Concert bermula 21 Disember 2018.

Peminat juga berpeluang untuk memenangi sepasang tiket VIP dengan pas Meet & Greet berserta 25 pasang tiket awam khas daripada penaja konsert iatu Nescafe di altimet.com.my/Nescafe.