Berita
"Last-Last Yang Bawak Elemen Traditional Dekat AJL 33 Ni Budak-Budak Rap Jugak" - Altimet
Penyanyi rap Altimet mengakui kagum dengan persembahan ditampilkan dalam Anugerah Juara 33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.
Menerusi entri di Twitter, Altimet seolah-olah menyindar sebilangan orang ramai yang mengkritik penyanyi rap dan dikatakan melupakan budaya warisan Melayu.
"Last-last yang bawak elemen traditional kat #AJL33 ni budak-budak rap jugak.
"Ingat tak bila korang kata kami lupa warisan sendiri? Well, kami ingat," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Altimet dan mereka berharap agar penyanyi rap tanah air dapat mengentangahkan lagi budaya Melayu di pentas antarabangsa.Last2 yang bawak elemen traditional kat #AJL33 ni budak2 rap jugak. Ingat tak bila korang kata kami lupa warisan sendiri? ??♂️ well, kami ingat.
— Altimet (@altimet) February 3, 2019
Pada AJL yang berlangsung semalam, lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah diangkat sebagai pemenang.
Lagu Bunga nyanyian Ara Johari berjaya mengungguli tempat naib juara manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga.
Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.
AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff.