#LastPictureTaken, Fattah Amin Mohon Doa Yang Baik-Baik - "Daddy Will Always Love You Two"
Asyraf Roslan
25/09/2024 06:42 MYT
25/09/2024 06:42 MYT
Pelakon, Fattah Amin memuat naik satu hantaran di Instagram selepas beberapa minit isterinya, Fazura memberi kenyataan di platform yang sama.
Mohon doa orang ramai
Menerusi hantaran tersebut, Fattah memohon doa daripada orang ramai agar semua urusan mereka dipermudahkan.
“Doakan yang baik-baik buat kami.
“Apa-apa pun jadi, Daddy will always love you two,” kata pelakon drama Hero Seorang Cinderella.
Fattah turut meninggalkan tanda pagar #Lastpicturetaken di ruangan kapsyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Fattah Sebelum Kes Cerai Undang Sebak Netizen - “Sedihnya Tengok, Fatima Ni Memang…”
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lafaz Cerai Dibuat, Fattah Amin Tegaskan Masih Sayangkan Fazura - “Saya Ada Perasaan, Bukannya Robot”
ARTIKEL BERKAITAN: Dalam Keadaan Tenang, Ini Respons Fazura Mengenai Dakwaan Fattah Amin Curang - “Sebagai Isteri & Ibu, Saya Hanya…”
Sebelum Fattah, aktres Fazura telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang menyatakan bahawa dia tetap mahu meneruskan proses penceraian demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima.
Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.