Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lata Mangeshkar Dikejarkan Ke ICU Selepas Dijangkiti COVID-19

Amri Hassan
13/01/2022 02:30 MYT
Penyanyi playback legenda India, Lata Mangeshkar dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Breach Candy, Mumbai, pada Sabtu lalu selepas dijangkiti wabak COVID-19.

Memetik laporan The Indian Express, penyanyi berusia 92 tahun itu pada mulanya hanya mengalami simptom ringan namun diletakkan untuk pemantauan rapi ekoran usianya.

"Dia akan dipantau rapi oleh doktor yang bertugas di ICU," kata Dr. Pratit Samdani, petugas yang merawat Mangeshkar.

Sementara itu, ahli keluarga Mangeshkar juga dimaklumkan agar membenarkan doktor untuk terus merawat dan memantau keadaannya di hospital.

"Sebagai ahli keluarga, kami mahu yang terbaik untuk beliau dan biarlah beliau terus dirawat oleh pakar," ujar salah seorang ahli keluarga Mangeshkar.

Mula menyanyi seawal usia 13 tahun, Mangeshkar telah merakamkan lebih 30,000 buah lagu dalam bahasa Hindi, Tamil, Malayalam dan Bengali.
#Penyanyi #Bollywood #India #Hindi #Tamil #ICU #COVID-19 #Lata Mangeshkar
;