Lata Mangeshkar Meninggal Dunia…
Izwan Isa
06/02/2022 05:57 MYT
06/02/2022 05:57 MYT
Penyanyi legenda Bollywood, Lata Mangeshkar, 92, meninggal dunia setelah dimasukkan ke hospital di Mumbai, India pada Januari lalu akibat jangkitan COVID-19.
Memetik laporan portal berita BBC, Menteri Wilayah, Nitin Gadkri mengesahkan berita berkenaan pada Ahad.
Berita pemergian Lata disambut duka oleh ramai orang, termasuk presiden Indian, Ram Nath Kovind.
“Pemergian Lata mendukacitakan hati saya dan juga jutaan di luar sana. Generasi demi generasi bertemu dengan ekspresi emosi dalaman mereka menerusi rangkaian lagu-lagu nyanyiannya yang memperlihatkan kecantikan India. Kejayaan Lata akan tidak akan dapat ditandingi.
“Lata merupakan seorang individu yang menakjubkan, sentiasa hangat setiap kali saya berjumpa dengannya. Suaranya mungkin telah pergi selamanya, tetapi melodinya akan kekal abadi, selamanya. Salam takziah buat keluarga dan peminatnya,” ujar beliau di Twitter.
Lata dilahirkan di Indore, India pada 28 September 1929. Sejak usia lima tahun, dia mula belajar muzik daripada ayahnya, Deenath Mangheskar yang merupakan penggiat teater.
Selepas kematian ayahnya, dia dan keluarga berpindah ke Mumbai dan memulakan karier nyanyian menerusi filem-filem Marathi.
Dia juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem untuk menyara keluarganya. Namun, hatinya bukan dalam bidang lakonan. Ujar Lata, dia lebih gembira apabila menyanyi.
Namanya mula dikenali pada 1949 menerusi lagu Aayega Aanewala yang dipetik daripada filem Mahal.
Sepanjang hayatnya Lata telah merakamkan lebih 30,000 buah lagu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.