Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#LathiChallenge, Ingat Mudah Ke? Mawar Rashid Shoot 6 Jam, Edit 16 Jam, Hasilnya Memang Wow!

Mya Amri
31/05/2020 23:00 MYT
Nampak mudah namun sebenarnya cabaran #LathiChallenge yang dilakukan pelakon Mawar Rashid ini sangat susah.

Perkara itu dikongsi Mawar menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya.

Menariknya lagi, #LathiChallenge itu sedikit istimewa kerana Mawar melakukannya dalam versi Thailand.

Malah dia juga turut memakai dan memperkenalkan pakaian tradisional Thailand.

Menurut Mawar, persediaan untuk melakukan cabaran itu sahaja sudah mengambil masa lebih 16 jam.

“Mekwa dan abang-abang rancang satu hari je untuk buat video ni. 4 jam rancang, 6 jam shoot, selesai pukul 6 pagi. Editing pula 16 jam wey.

“Mekwa buat special sikit, pakaian tradisional Indonesia ke pakaian tradisional Thai sebab Mekwa kan half Thai.

“Hasilnya Mekwa sendiri pun inlove gila, sumpah tak percaya boleh buat video macam ni,” kongsinya.

Nahhhh!! FINALLY... #LathiChallenge yang korang tertunggu2 ? tapi versi siam.. tulisan kat muka pun bahasa thai ? . . . Sooo! Cerita sebalik video yang korang duk request siap merayu2 nak sgt Mekwa buat version Mekwa ni ???cerita dia.. Mekwa and abang2 Mekwa Plan satu hari je nk buat video ni.. . . 4jam plan, 6jam shoot, settle kul 6 pagi ok? edit 16jam weeiii.. . . Mekwa buat special sikit, pakaian traditional Indonesia ?? ke pakaian traditional thailand ?? . Sebab Mek kan HALF THAI. HEHEHHE . . Hasilnya!!!! Mekwa sendiri pon inlove gila, sumpah x pecaya boleh buat video camniiii..??? Thanks to Abang Mekwa @eddyrafuanrashid , sebab tolong plan, Shoot and Edit video ni. 99% edit by him and 1% touch up edit by me ? Aunty Mekwa, @icu_maryana tolong Adik pakaikan baju ni, buatkan rambut lah sampai aunty tido pukul 6pagi.. Susah and berat pulak nk pakai Baju Thai ni? siap tolong tuliskan bahasa thai kat muka ? mekwa tak reti tulis bahasa thai. Kikiki? And thank you gfan @arfanrashid tolong sewakan baju thai ni dalam masa satu hari g sewakan baju utk adikkk!! Thank you for making this happened guys . Blanje emoji sesuai kat Mekwa okay! And tag kawan korang yang been talking about this #lathichallenge . . Song Lathi by @sarafajira Video inspired by @jharnabhagwani . . Baju @mawarosehq #lathichallenge #lipsynchallenge #thaitraditional #makeup #viral #mawarose #makeuptutorial

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on


Sehingga kini video tersebut menerima lebih 400,000 tontonan.



Terdahulu, #LathiChallenge menjadi tular kerana keunikan lagunya selain penggunaan pakaian tradisional.
#Mawar Rashid
;