,
Sukan

Latihan Intensif Astro Kem Badminton Di Tokyo Pupuk Disiplin, Bakal Lahirkan Juara

Kamaruddin Razal
24/12/2019
03:48 MYT
Program Latihan Intensif Luar Negara di Tokyo, Jepun yang diadakan oleh Astro Kem Badminton (AKB) baru-baru ini dapat memupuk semangat disiplin peserta cilik yang bakal menjadi pelapis pemain badminton tempatan.
Baru-baru ini, seramai 30 orang peserta cilik berusia bawah 12 tahun bersama dua mentor diterbangkan khas ke Tokyo bagi menghadiri sesi latihan bersama Japan National Junior Team.
Perbezaan antara cara latihan pelapis badminton di Jepun memberikan banyak pendedahan berharga kepada peserta Malaysia yang menghadiri sesi latihan terbabit.
"Ini merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai harganya. Peserta banyak belajar perkara baru, malah saya sendiri juga mengutip banyak pengalaman ketika proses ini berlangsung.
"Kita dapat melihat kawalan gelanggang yang bagus yang Jepun terapkan serta motivasi peserta cilik Malaysia sendiri meningkat dengan adanya latihan ini. Pengalaman ini memupuk disiplin dalam satu suntikan yang berbeza.

Preview of training drill today

A post shared by Astro Kasih Malaysia (@astrokasih) on

"Peserta Jepun mempunyai teknik berlainan, mereka sangat hormat kepada jurulatih, mempunyai tahap konsentrasi yang tinggi serta mempunyai disiplin yang menebal di dalam dan di luar gelanggang," kata Devan Krishnan selaku pegawai pengiring yang mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia.
Turut bersama ke Tokyo mengiringi 30 peserta ini, Devan yang merupakan guru di SMK Batu Kikir dan pengerusi teknik bagi badminton sekolah-sekolah di Negeri Sembilan memuji usaha Astro Kasih dalam pembangunan sukan ini di peringkat awal lagi.
"Usaha pihak Astro dalam mencungkil bakat di serata negara amat saya kagumi. Ada antara peserta yang terpilih merupakan seorang yang berbakat meskipun tiada latihan yang betul... Mereka mempunyai 'pure talent' dan ia sesuatu yang membanggakan!
"Dengan bantuan dan teknik yang bagus, bakat cilik dalam sukan badminton dapat dicungkil. Mungkin usaha ini tidak akan dapat dilihat dalam masa yang terdekat tetapi satu hari nanti, pastinya ada jaguh Malaysia dalam sukan badminton yang lahir daripada AKB," katanya lagi.
BACA: Latihan Intensif Luar Negara Astro Kem Badminton Tingkat Motivasi Pemain Cilik
Sudah dimulakan semenjak 2013, AKB merupakan jalinan kolaborasi antara Astro Kasih bersama Nippon Badminton Association (NBA) di Jepun serta disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Mengimbas kembali penganjuran edisi kali ini, AKB 2019 menerima lebih 3,000 penyertaan di serata Malaysia menerusi pemilihan yang diadakan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah serta Sarawak pada Mac dan April lalu.
Akhirnya, seramai 64 peserta cilik dipilih untuk menyertai program latihan intensif selama seminggu anjuran AKB pada penghujung Ogos sehingga September lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Alumni Astro Kem Badminton Harumkan Nama Malaysia di German Junior Open

gempak
12/03/2020
07:38 MYT
Sukan

Sertai Latihan Intensif Astro Kem Badminton Di Tokyo, Razeeq Danial Raih Pengalaman Baru

gempak
31/12/2019
08:30 MYT
Sukan

"Peserta Astro Kem Badminton Ada Semangat Tinggi, Cuma..." - Jurulatih Jepun

gempak
27/12/2019
14:28 MYT
Sukan

"Peserta Terpilih Ada Potensi Harumkan Nama Malaysia" - Jurulatih Astro Kem Badminton

gempak
26/12/2019
07:42 MYT
Berita

Latihan Intensif Luar Negara Astro Kem Badminton Tingkat Motivasi Pemain Cilik

gempak
23/12/2019
03:53 MYT
Unitar