,
Berita

Latihan Intensif Luar Negara Astro Kem Badminton Tingkat Motivasi Pemain Cilik

Kamaruddin Razal
23/12/2019
03:53 MYT
Kembali untuk edisi 2019, Astro Kem Badminton (AKB) baru sahaja selesai mengadakan Program Latihan Intensif Luar Negara di Tokyo Jepun yang berlangsung baru-baru ini.
Sudah dimulakan semenjak 2013, AKB merupakan jalinan kolaborasi antara Astro Kasih bersama Nippon Badminton Association (NBA) di Jepun serta disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Seramai 30 orang peserta cilik berusia bawah 12 tahun bersama dua mentor diterbangkan khas ke Tokyo, Jepun bagi menghadiri sesi latihan bersama Japan National Junior Team.
Berkampung di Ajinomoto National Training Center, Tokyo, peserta berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman berlatih secara intensif di luar negara pada 8 sehingga 17 Disember yang lalu.
Meneruskan usaha untuk mencari pelapis dalam sukan badminton, AKB memberikan pengalaman baru untuk merasai sendiri latihan di peringkat antarabangsa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, AKB dapat meningkatkan motivasi pemain cilik ini untuk lebih cemerlang di masa akan datang.

Preview of training drill today

A post shared by Astro Kasih Malaysia (@astrokasih) on

"AKB memberikan fokus untuk mencungkil bakat pelapis dalam sukan badminton. Latihan intensif ini banyak membantu kerana semua peserta cilik dapat merasakan sendiri pengalaman berlatih di negara luar. Selain itu, ia memberikan suntikan motivasi yang besar untuk mereka lebih bersungguh-sungguh dalam sukan ini.
"Mereka dapat mengambil tahu teknik permainan pasukan Jepun, rutin latihan serta disiplin yang diterapkan. Besar harapan kami agar perkara yang positif ini dapat dilanjutkan apabila mereka pulang ke Malaysia.
"Pastinya kami akan berbangga jika satu hari nanti, juara badminton negara yang disanjung dan sering bersaing di peringkat antarabangsa lahir daripada program AKB ini," kata Henry.
Mengimbas kembali penganjuran edisi kali ini, AKB 2019 menerima lebih 3,000 penyertaan di serata Malaysia menerusi pemilihan yang diadakan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah serta Sarawak pada Mac dan April lalu.
Akhirnya, seramai 64 peserta cilik dipilih untuk menyertai program latihan intensif selama seminggu anjuran AKB pada penghujung Ogos sehingga September lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Alumni Astro Kem Badminton Harumkan Nama Malaysia di German Junior Open

gempak
12/03/2020
07:38 MYT
Sukan

Sertai Latihan Intensif Astro Kem Badminton Di Tokyo, Razeeq Danial Raih Pengalaman Baru

gempak
31/12/2019
08:30 MYT
Sukan

"Peserta Astro Kem Badminton Ada Semangat Tinggi, Cuma..." - Jurulatih Jepun

gempak
27/12/2019
14:28 MYT
Sukan

"Peserta Terpilih Ada Potensi Harumkan Nama Malaysia" - Jurulatih Astro Kem Badminton

gempak
26/12/2019
07:42 MYT
Sukan

Latihan Intensif Astro Kem Badminton Di Tokyo Pupuk Disiplin, Bakal Lahirkan Juara

gempak
24/12/2019
03:48 MYT
Unitar