Laudya Cynthia Bella Buat Majlis Doa Selamat Sebelum Jadi Isteri Engku Emran

Syafiqah Jalal
September 5, 2017 05:08 MYT
Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella telah memuat naik foto mengadakan majlis doa selamat di akaun sosial Instagram (IG)nya.
Majlis tersebut juga dikatakan sebagai tanda kesyukuran sebelum dia melangsungkan pernikahan dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran.
Menerusi entri di IG, majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Bella.
Bella yang anggun berbaju rona lavender itu dilihat membaca Yaasin yang tertera huruf BE pada kulitnya, dipercayai mewakili nama Bella dan Emran.
Suasana pilu apabila Bella memeluk seluruh ahli keluarganya pada majlis tersebut.
Difahamkan Bella bakal berangkat ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Engku Emran dijangka pada 9 September ini.
Menerusi kapsyen yang ditulis, jelas menunjukkan majlis tersebut sangat bermakna buat dirinya sebelum melangkah ke hari bahagia.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram Laudyacythiabella
#Kahwin #Erra Fazira #Nikah #Kahwin #Laudya Cynthia Bella #Engku Emran