Skip to main content

Berita Antarabangsa

Laudya Cynthia Bella Kongsi Foto Mesra Bersama Anak Erra Fazira

anakerrafazirabella.jpg
Hubungan cinta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran bukan lagi rahsia malah Bella dilihat terbuka berkongsi foto bekas suami aktress Erra Fazira itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terbaru, Bella buat pertama kalinya memuat naik fotonya bersama anak bakal suaminya itu iaitu Engku Aleesya di IG.
 
Foto tersebut merakamkan Aleesya duduk bersebelahannya sambil berpegangan tangan dan bergambar bersama rakannya dalam sebuah majlis pertunangan.

Turut bersama dalam foto itu adalah Engku Emran yang duduk bersebelahan rakannya.

Foto tersebut jelas menunjukkan kemesraan dan keakraban Aleesya dan Bella.

Sementara Erra menerusi kenyataannya kepada akhbar tempatan semalam akui gembira kerana anaknya itu dapat menerima  Bella dengan baik.

Dalam pada itu, pengikut IG Bella telah memberikan komen yang positif dan mendoakan agar pasangan tersebut segera mendirikan rumahtangga.

Berikut merupakan foto tersebut:
 
 
Teks oleh: Syafiqah Jalal
 
Foto: Instagram LaudyaCynthiaBella

Must-Watch Video

Advertisement