Gangguan bekalan air di Selangor yang berlaku sejak kelmarin pastinya menjadi igauan negeri buat ramai penduduk sekitarnya.

Namun, dalam pada ramai yang tertekan, muncul pula satu gambar yang membuatkan ramai sedikit terhibur.

Gambar berkenaan dimuat oleh seorang individu dikenali sebagai Danish Lufthan.

Dia pada awalnya berkongsi beberapa keping gambar yang kononnya mahu membuang air besar di bekas pasir kucing di aplikasi WhatsApp.

Posting itu kemudian dikongsi sekali lagi ke laman Twitter oleh seorang rakannya hingga menjadi viral.

Menerusi Mstar, dia menjadikan perkara berkenaan sekadar jenaka.

“Terkejut saya tak sangka boleh viral.

“Memang waktu tu tiada bekalan air, tiba-tiba idea datang untuk buat posting sebegitu,” katanya.

Tambahnya, dia juga menasihatkan netizen supaya tidak sesekali ‘membuang’ dalam pasir kucing biarpun ketiadaan air.