Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Lawak! Baju Beyonce Ini Disamakan Dengan Uniform Sebuah Pasar Raya?

Hanafis Haris 22/01/2020 | 05:41 MYT
Penyanyi terkenal Beyonce telah menjadi bahan jenaka netizen apabila rekaan pakaian terbaru jenamanya sendiri iaitu Ivy Park disamakan dengan 'uniform' sebuah pasar raya.
Baju yang dikeluarkan hasil kerjasama Adidas itu kini menjadi satu bahan sindiran di platform Twitter.
Malah, isu terbabit itu menjadi bertambah lucu apabila akaun rasmi Twitter pasar raya tersebut iaitu Sainsbury turut menyindir Beyonce menerusi satu posting.
"Mewakili sejak 1869," tulis pengendali akaun tersebut.
Posting berkenaan kemudian menjadi viral apabila dikongsi lebih 3,900 kali dan menerima 17,800 likes.
Tambah melucukan, ada pula netizen yang menyunting gambar beyonce kelihatan seolah-olah bekerja di pasaraya tersebut.
Anda boleh lihat kreativti mereka di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Beyonce #Viral
;