Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lawak! Gara-Gara Pakai Airpods, Pengguna Ini Dicop Pekak

Hanafis Haris
15/05/2019 10:43 MYT
Sejak kemunculannya di pasaran, fon telinga tanpa wayar keluaran Apple iaitu Airpods telah menjadi bahan jenaka ramai pengguna berikutan reka bentuknya yang sedikit pelik.

Namun kisah yang terjadi kepada seorang pengguna di Malaysia ini mungkin lebih mencuit hati apabila disangka mengalami masalah pendengaran atau pekak.

Menurut pengguna Instagram dikenali sebagai udeyismail, kejadian terbabit berlaku ketika dia sedang mengambil anaknya di sekolah.

Secara tiba-tiba dia ditegur oleh pengawal keselamatan yang bertanyakan harga peranti Aipods terbabit.

"Lepas diberitahu, dia terus terkejut dan mengatakan harga itu sangat mahal. Pengawal keselamatan itu kemudian memberi cadangan supaya saya memohon bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

"Lepas itu dia tanya lagi berapa lama tak boleh dengar. Malas nak cerita panjang aku balas je baru sebulan," katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka penggunaan Airpods telah dianggap sebagai alat membantu pendengaran oleh sesetengah pihak.

"Cis, pakai airpods ni kena cop pekak haha," katanya.

Cerita lawak hari nie, nak pi ambik anak kat sekolah, kena tengoq dgn security, ingat nak tanya pasai pa x dak pass, dia tanya, benda nie beli berapa, aku ckp la sekian harga, ohh mahalnya, apsal x mintak kat socso, kalau mohon socso memang tak kena duit, dari bayaq mahal, kawan dia pakai , aku pulak malas nak cerita panjang aku layankan jek, dia tanya dah berapa lama x dengaq hahaha, aku pon pembaris baru jek sebulan, ok dahh pi mohon cepat. Cis, pakai airpods ni kena cop pekak haha Hashtag apple laah #ShotOniPhone #ShotOniPhoneXR

A post shared by Udey Ismail� (@udeyismail) on

#Instagram #Apple #Airpods
;