Laman Utama
Lawak! Ramai Setuju Bila Ibu Komen Suara Aliff Syukri – “Memang Tak Sedap, Macam Kereta Habis Brek”
Ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim mendapat perhatian selepas tampil memberikan komen terhadap suara anaknya itu.
Aliff menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya memuat naik video pendek merakamkan dirinya sedang menjalani latihan vocal sebagai persediaan untuk menyanyikan lagu rayanya sendiri.
“Alhamdulillah kelas vokal dah selesai. Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi akhirnya ramai orang menghargai bakat saya terima kasih banyak-banyak saya amat gembira,” tulisnya.
Bagaimanapun video berkenaan mendapat reaksi daripada ibunya sendiri.
“Janganlah netizen, suara Kri memang tak sedap. Saya dipihak netizen sekarang, suara dia tu saya umpamakan macam kereta habis brek.
“Menanti kecaman dari mak orang pertama. Kau nak sakat rakyat Malaysia macam kau sakat mak. Menangis artis lain.
“Sampai mereka nak berhenti jadi penyanyi gara-gara kau lah. Tiba-tiba auto tune merdu suara kau kan!” tulisnya diruangan komen.
Dalam pada itu, netizen yang terhibur dengan komen Rozita juga bersetuju dengan pendapatnya.
Datuk Seri Aliff Syukri sebelum mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi teaser lagu raya nyanyiannya yang akan dikeluarkan jika ia mendapat permintaan yang tinggi.
Untuk info, Aliff pernah mengeluarkan lagu raya berjudul Jom Raya hasil duet bersama Zizi Kirana dan Bella Astilah pada tahun 2019.
Must-Watch Video