Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lawak! Sanggup Pancitkan Tayar Guna ‘Photoshop’ Semata-Mata Nak MC

Hanafis Haris
24/06/2019 11:05 MYT
Kalau dah malas nak pergi ke kerja tu, macam-macam alasan diberi.

Bagi sesetengah individu mungkin Medical Certificate (MC) dari klinik merupakan jalan terbaik, namun bagi seorang individu di luar negara ini kaedahnya berbeza sedikit.

Menurut laporan Digital Synopsis, seorang pengguna Twitter @PapaBoardslide secara tiba-tiba menjadi popular apabila memancitkan tayarnya menerusi suntingan gambar pada aplikasi Adobe Photoshop.

Tindakan itu bagi membolehkan dirinya untuk mengelak daripada bekerja pada hari terbabit.

"Momen paling bangga apabila berjaya memancitkan tayar untuk mengelat daripada bekerja," katanya menerusi akaun Twitter.

Menerusi tweet terbabit juga, lelaki berkenaan turut memuat naik gambar perbandingan sebelum dan selepas suntingan.

Sehingga kini gambar terbabit telah dikongsi sebanyak 4,100 kali.
#Gambar #MC #Photoshop