Lawak Tapi Comel... Mark Adam Takut Jarum

Asraf Aided
Oktober 31, 2018 12:45 MYT
Penyanyi popular, Mark Adam telah memuatnaik sebuah video disuntik oleh seorang jururawat di sebuah hospital.
Video tersebut dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Kali terakhir saya mengambil suntikan adalah 20 tahun lepas ketika masih di sekolah, terima kasih doktor," tulis Mark ringkas sebagai kapsyen.
Apa yang menarik perhatian adalah beberapa rakan artis yang memberi respon di ruangan komen.
"Takutnya jarum, kalau saya memang dah menangis sampai doktor pula yang rasa bersalah," tulis Nabila Huda.
Tidak ketinggalan, Siti Sarah dan Syafiq Farhain turut meninggalkan komen berunsur jenaka.
Mark mulai aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 2012 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi bidang nyanyian serta lakonan.
#Mark Adam