Pelakon Sweet Qismina bersimpati dengan nasib yang dilalui abangnya yang terpaksa berpisah dengan isteri yang baru dinikahi tahun lalu di Indonesia.

Mengaitkan situasi tersebut dengan lawatan kerja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia baru-baru ini, jelas Sweet, ia bagaikan tidak adil, memandangkan keadaan semasa larangan merentas sempadan yang dikuatkuasakan setiap negara.

"My brother lama tak jumpa wife dia in Indonesia. Since last year. And baru kahwin.

"Yet our prime minister boleh pergi sana macam tu je. Should ask him to bring my brother too. Mana adil macam ni," tulisnya di Twitter.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan niat ciapan Sweet itu sama ada ia hanya sebuah gurauan atau serius.

Lawatan kerja Muhyiddin ke Indonesia selama dua hari itu bagi memenuhi jemputan Presiden Joko Widodo.

Ia merupakan lawatan pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.



Kementerian Luar dalam kenyataan menjelaskan, Indonesia sentiasa menjadi destinasi pertama lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia selepas dilantik dan seperti kelaziman, tradisi yang sama juga diamalkan oleh Presiden Indonesia.

Pertemuan ini akan membolehkan Malaysia untuk mengetengahkan dasar dan pendirian terkini kerajaan, terutama mengenai isu-isu berkaitan kepentingan dan manfaat bersama.