Layak Piala Asia, Kim Pan Gon ‘Dihujani’ Pujian! Siap Disamakan Dengan Pelakon Squid Game?
15/06/2022 05:35 MYT
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengumpul enam mata, sekali gus muncul antara lima naib juara terbaik yang layak ke kejohanan yang akan diadakan di China pada tahun hadapan.
Namun, dalam pada ramai meraikan kemenangan tersebut, perhatian di media sosial juga lebih tertumpu kepada ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon.
Menerusi pemantauan Gempak, kebanyakan mereka menganggap kehadiran Pan-gon awal tahun ini membawa banyak perubahan termasuklah mengubah corak permainan pasukan negara.
Buktinya, kehadiran Pan-gon menyaksikan skuad Harimau Malaya lebih garang sekali gus mencipta sejarah, layak beraksi di pentas Piala Asia 2023.
Pun begitu, ada juga yang berseloroh mengatakan wajah jurulatih itu mirip dengan pelakon Squid Game, Heo sung-tae.
Antara yang bergurau termasuklah pelakon Hairul Azreen.
“Terima kasih Kim Pan Gon bawa team bola Malaysia ke Asian Cup, Alhamdulillah penantian selama 42 tahun.
“Btw i love ur movie please slide to left,” katanya menerusi satu posting di Instagram.
Hantaran tersebut kemudian menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan perbandingan itu.
Sekadar info, Pan Gon yang pernah beraksi bersama kelab Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors di Korea Selatan pada era 1990-an, memulakan karier kejurulatihan selaku penolong jurulatih Busan IPark FC (2005-2008).
Dia kemudian bergelar ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong (2009-2010), penolong jurulatih Gyeongnam FC (2011) dan kembali ke Hong Kong (2012-2017).
Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya pada 2 Januari 2022 dengan mengambil tanggungjawab susulan prestasi hambar pasukan Harimau Malaya yang gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura.