Laman Utama

Layak Untuk Demand Harga Bayaran, Adi Putra; “Saya Sudah Bekerja Lama Dalam Bidang Lakonan Dan Ada Value Added”

gempak
Shahrin Zulkifle
29/07/2022
12:00 MYT
Sponsor Banner
Layak Untuk Demand Harga Bayaran, Adi Putra; “Saya Sudah Bekerja Lama Dalam Bidang Lakonan Dan Ada Value Added”
“Saya sentiasa mahal”.
Itulah jawapan yang diberikan pelakon, Datuk Adi Putra ketika disoal tentang bayaran jika selepas ini ada pihak yang ingin memanggilnya berlakon.
Nama Adi Putra terus menjadi bualan selepas lakonannya menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mendapat pujian ramai sehingga berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.
Jelas Adi, dengan bakat dan kepakarannya yang dipersembahkan dalam sesebuah filem sehingga mendapat kutipan box office, tidak salah untuknya mengenakan bayaran yang ‘mahal’ setimpal dengan aksi yang akan dipamerkan.
“Mahal yang dimaksudkan itu dari segi komitmen yang saya berikan, sebabnya saya sudah bekerja lama dalam bidang lakonan dan ada value added (nilai tambah) dalam diri saya. Bila ada value added, saya tahu kepakaran saya di mana. Mahal pada saya itu bukan satu stigma, tetapi persoalannya adakah kita (pelakon) akan dihargai.
“Kalau ada yang berkata saya pelakon paling mahal, saya akan menjawab, saya dan rakan-rakan (pelakon) lain kami mempunyai nilai, bukan hanya saya seorang sahaja tetapi semua.
“Kami tahu dunia seni lakonan ini macam mana, kami menggunakan bakat dan kepakaran kami untuk mencari rezeki, jadi mengapa tidak kalau maharnya (bayaran) ditingkatkan.
“Pada saya demand untuk sesuatu perkara itu sangat penting supaya ada arah tuju. Bila seseorang itu sudah pada tahap mempunyai demand, bermakna dia sudah tahu apa yang diiginkan dalam kerjaya seninya. Apa-apapun bergantung kepada situasi ketika itu,” kata Adi ketika ditemui Gempak.
Selain filem Mat Kilau, Adi kini sibuk mempromosikan beberapa filem terbaru, antaranya Jerangkung Dalam Almari dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang kedua-duanya bakal ditayangkan pada Ogos.
Menyedari tahun 2022 merupakan tahun bertuah buatnya, pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim berkata, rezeki yang dikurniakan merupakan rezeki buat isteri dan keluarganya.
“Alhamdulillah, tahun 2022 adalah tahun yang indah, semua ini rezeki untuk isteri dan anak-anak saya serta ibu saya yang sentiasa menitip doa buat saya seawal penglibatan dalam lakonan. Tahun ini saya anggap tahun tuah buat mereka.
“Untuk saya sendiri, semua ini ialah aturan Allah, Dia mengatur secara molek untuk kerjaya seni saya pada tahun ini.
“Bila saya dimaklumkan, filem saya keluar secara back-to-back dan saya berasa terkejut, namun saya tetap berasa syukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan,” ujar Adi.
BACA: Baru Payung Trailer, Netizen Tak Sabar Tunggu Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live