Buat pertama kalinya, tiga bintang rock popular tanah air Datuk Hattan, Hazama dan Azlan Typewriter akan bergabung sempena konsert rockestral Rock Tri-O pada November depan.

Konsert yang dipimpin oleh konduktor muzik Ahmad Muriz Che Rose akan mempersembahkan lagu-lagu rock ikonik bersama tiga bintang handalan itu.

Tidak perlu diperkenalkan lagi, keunggulan Hattan dalam industri muzik sememangnya dinanti-nantikan peminat!

Turut sama membuat penampilan di pentas DFP kali ini ialah juara Akademi Fantasia 9, Hazama, yang pernah dicalonkan di beberapa anugerah muzik berprestij seperti AJL dan Anugerah Industri Muzik (AIM).

Melengkapkan gandingan vokal ini ialah Azlan Typewriter, bekas vokalis Meet Uncle Hussain dan juara AJL tahun 2008.

Anda bakal mendengar lagu malar sengar antaranya Fantasia Bulan Madu, Memburu Rindu, Biso Bonar, Lagu Untukmu, Gerhana, Relakan Jiwa, Tiada Lagi Kidungmu, Pawana, Bohemian Rhapsody, Back In Black dan Stairway To Heaven.

Semua lagu ini akan digubah dalam bentuk simfoni oleh Luqman Aziz, Jenny Chin, Genervie Kam dan Ilham Subri.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, layari www.mpo.com.my.

Harga tiket berharga RM99, RM139, RM199 dan RM299 boleh dibeli di Box Office dan www.mpo.com.my.

Sertai program ‘Friends of DFP’ dan nikmati potongan diskaun yang menarik. Daftar sekarang di Box Office.

Saksikan dan alami gema muzik rock bersama MPO, hanya di DFP!