Layan Orang Gaji Macam Sahabat, Tetapi Ini Balasan Diterima Fynn Jamal!

Rozaimi Zubaidi
Julai 19, 2017 12:24 MYT
Dua hari lalu, penyanyi Fynn Jamal meluahkan rasa kecewa terhadap pembantu rumahnya yang dianggap sebagai sahabat selama ini.
Menerusi muat naik di Instagram (IG), Fynn bersyukur apabila 'sikap buruk' pembantu rumahnya itu, akhirnya terbongkar.
Fynn telah memuat naik video sesuatu yang dipercayai sebekas serbuk kunyit yang dipenuhi kutu beras atau bubuk.
Video tersebut telah ditonton lebih 100 ribu kali dan menerima lebih 350 komen.
Rata-rata pengikut meminta Fynn bersabar dengan dugaan tersebut dan mencadangkan supaya menghantar pembantu rumah tersebut pulang ke negara asalnya.
Ada di antara mereka yang tidak menyangka pembantu rumah dikenali sebagai Asmia itu sanggup 'menipu' Fynn dan tidak melayan anaknya Arjuna dengan baik.
#Penyanyi #Penyanyi #Fynn Jamal