Layan Showcase Lejen Ria Ahad Ini, Ada Kumpulan Wings & Throwback Padu Dengan Bob Lokman!

Amri Hassan
Mac 20, 2021 11:30 MYT
Siapa tak kenal dengan kumpulan Wings. Sebut saja lagu-lagu Opera Hidup, Peronda Jaket Biru, Taman Rashidah Utama dan Bernafas Dalam Lumpur, pasti imaginasi terus terbayangkan kumpulan rock legenda ini.
Seperti mana sinonimnya dengan gelaran legenda, kumpulan Wings akan tampil dalam program terbaharu Showcase Lejen Ria yang akan bersiaran mulai Ahad ini.
Menerusi episod pertama Showcase Lejen Ria, peminat akan berpeluang menonton temubual eksklusif bersama bekas vokalis Wings, Mel dan Muss yang telah menggantikan Datuk Awie sebelum ini.
Penonton juga akan dapat melihat persembahan trio daripada Dato Awie, Mel dan Muss di akhir rancangan. Gempak tak!
Malah, akan ada juga segmen ‘Baling Belakang’ di mana Datuk AC Mizal akan menunjukkan beberapa siri gambar-gambar lama Awie, Eddie, Black untuk mengimbau sejarah penglibatan mereka dalam industri hiburan.
Manakala, menerusi segmen panggilan video secara langsung bersama komposer dan penulis lirik, Bob Lokman, anda akan berpeluang mengetahui kisah di sebalik lagu Taman Rashidah Utama & kenangan bersama kumpulan Wings.
Jadi, jangan lupa saksikan Showcase Lejen Ria setiap Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.
#Awie #Wings #Bob Lokman #DAC #Showcase Lejen Ria