Layla Sania Terus Mewarnai Industri Muzik Dengan Single 'Lakaran'
Kamaruddin Razal
24/03/2020 23:19 MYT
24/03/2020 23:19 MYT
Selepas mencuri perhatian bintang Gegar Vaganza, Sham Visa dalam sebuah rancangan realiti lewat nyanyiannya di dalam Bahasa Mandarin, penyanyi baru Layla Sania yang pernah muncul dengan single debut berjudul ‘Que Sera Sera’ pada Julai tahun lepas kini kembali dengan pertaruhannya yang terbaru.
Kini, pemilik nama sebenar Layla Sania Khairuzikri atau lebih mesra disapa sebagai Layla ini bakal muncul dengan single keduanya berjudul Lakaran.
Lakaran merupakan ciptaan penuh pencipta dan penggubah lagu Megat Fazly yang juga vokalis kumpulan pop-folk, Mafidz dan pernah menghasilkan lagu buat pelakon dan penyanyi, Nur Fazura.
Berbeza dengan single debutnya Que Sera Sera yang mengetengahkan muzik rancak, kini menerusi Lakaran, Layla mempertaruhkan lagu yang lebih lunak dengan susunan muzik minimalis.
Layla yang berbesar hati diberi peluang bekerjasama dengan Megat Fazly dalam lagu Lakaran ini turut menyatakan bahawa taruhan terbaharunya ini tidak lari daripada genre dan jenis muzik yang diminatinya.
Malah, dia menyifatkan lagu Lakaran yang disadur dengan susunan muzik berasaskan akustik ini menjanjikan bunyi segar dan sesuai dengan jiwanya.
"Lagu ini mengisahkan tentang pasangan yang saling melengkapi. Bagi saya, lagu ini bukan saja sesuai untuk pasangan kekasih atau pasangan suami isteri tetapi ia juga boleh menggambarkan hubungan sesama rakan dan ahli keluarga.
"Sebagaimana yang digambarkan dalam lirik lagu Lakaran ini, jika seseorang melukis lakaran, pasangannya pula tolong warnakan, mereka saling melengkapi dalam menghasilkan sebuah karya seni yang indah.
"Bagi saya, ibu bapa saya adalah contoh yang terbaik, walaupun Umi dan Walid sangat berbeza sifat dan karakter mereka tetapi perbezaan itu yang melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing”, kata Layla.
Baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada awal bulan ini, penyanyi yang bakal menginjak usia 18 tahun pada 22 November nanti, turut berkongsi rancangan masa depannya, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan pengkhususan utama dalam bidang pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
"Walaupun bakal sibuk dengan pengajian nanti, saya akan terus aktif dalam kerjaya seni kerana menyanyi adalah cinta pertama saya", jelasnya yang berharap Lakaran akan mendapat tempat di hati peminat.
Single Lakaran terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 20 Mac lalu.