WATCH
L-Concept motosikal versi Star Trek
Idea dan kreativiti tukang kustom motosikal adalah seni. Ada yang tahu nilainya, ada yang pandai menghargainya dan tidak lupa juga bidasan pengkritik.
Di sini, ada motosikal futuristik ciptaan syarikat Bandit9 yang dinamakan sebagai L-Concept. Macam kapal angkasa Star Trek versi jalan raya.

Bandit9 sebenarnya sebuah syarikat Vietnam yang berpangkalan di bandar Ho Chi Minh. Mereka menghadkan pengeluaran model ini kepada 9 unit.
Semua komponen keluli tahan karat direka dan dibina oleh Bandit9, malah setiap sudut motosikal ini cukup mempersonakan.

Daripada bar hendal bagaikan tanduk kerbau sehingga ke perumah enjin yang menyerupai tong pemadam api.
L-Concept menggunakan enjin empat lejang sejukan udara 125cc dengan padanan kotak gear empat kelajuan. Karburetor yang digunakan jenama Mikumi dan ekzos pula adalah binaan kustom.

Tiada penendang kaki untuk hidupkan enjin cuma tekan butang sahaja dan beratnya motosikal mencecah 135 kilogram. Selain ia dikatakan boleh ditunggang hanya 110 kilometer sejam.
Sistem suspensi berkembar pula ditempatkan secara mendatar dan bersambungan dengan lengan ayun kustom. Kedua-dua rim berukuran 21 inci dilengkapi brek cakera.

Jika melihat pada bahagian hadapan, lampu yang digunakan adalah LED putih 6,000K, manakala belakang pula mengandungi 45 LED saiz kecil. Menariknya, lampu signal digabungkan dengan lampu brek belakang.
L-Concept dijual dengan harga AS$10,950 (anggaran RM42,780) termasuk penghantaran.
Untuk menempah, anda perlu bayar deposit 50 peratus dan setiap unit mengambil masa antara 6 hingga 8 minggu untuk dibina. Amacam?
