Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Leaked! Imran Ajmain, Aiman Tino, Farah Diana antara yang tersenarai GV 11?

Asyraf Roslan
17/10/2024 00:55 MYT
Meskipun tirai program realiti hiburan pilihan penonton, Gegar Vaganza (GV) masih belum dibuka, namun ia sudah mula menjadi bualan hangat peminat.

Mana tidaknya, walaupun senarai nama peserta untuk musim kesebelas masih belum diumumkan pihak produksi namun sudah ada beberapa nama yang dijangka bakal menghiasi program hiburan tersebut.

Menerusi satu hantaran di laman X, nama-nama peserta baharu untuk program tersebut telah disenaraikan menerusi Wikipedia.

Antara nama yang disebut adalah Aiman Tino, Illa Sabry, The Lima, Farah Diana, Imran Ajmain, Ramlah Ram dan Datuk Francissca Peter.

Dalam pendedahan tersebut turut menyatakan mengenai plot yang akan dilakukan semasa minggu pertama.



Menerusi tinjauan Gempak diruangan komen, peminat GV turut memberi respon terhadap spekulasi itu.

Terdahulu, program yang pernah dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein itu telah berlangsung selama 10 musim.

Antara penyanyi yang pernah menjuarai program tersebut adalah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Datuk Aishah, Alif Aziz, dan Jaclyn Victor.

#Aiman Tino #Gegar Vaganza #Imran Ajmain #RAM #Farah Diana #GV11 #Ramlah
;