gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GEGAR VAGANZA 2021

“Lebih 10 Tahun Kenal & Buat Baju Untuk Adibah Noor, Dia Tak Banyak Songeh” – Ezuwan Ismail

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
15/01/2022
10:05 MYT
Sponsor Banner
“Lebih 10 Tahun Kenal & Buat Baju Untuk Adibah Noor, Dia Tak Banyak Songeh” – Ezuwan Ismail
Pereka fesyen, Ezuwan Ismail menafikan dakwaan sesetengah pihak mengenai sikap diva dan kekwat, penyanyi dan juga bintang Gegar Vaganza (GV) musim kelapan, Adibah Noor.
Ezuwan berkata dia berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan busana buat Adibah Noor dan penyanyi tersebut sentiasa bersikap rendah diri serta tidak cerewet.
"Dia takkan tanya atau nak tengok rekaan bagaimana saya hasilkan untuknya. Bab rekaan, material kain atau potongan, apa yang dia utamakan adalah keselesaan dan nampak elegan walaun berukuran plus size.
“Malah selama ini, memang baju dihantar dan ditempah dipakainya tanpa banyak songeh dan tidak perlu 'alter'.
"Keserasian dan kepercayaan itu mungkin antara sebab kami terus bekerjasama. Dia tidak takut mencuba warna apa sekalipun.
“Kalau sudah plus size, buat apa nak sorok lagi. Dia pakai apa yang diingini, janji selesa," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.
Malah tegas Ezuwan lagi, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu juga menolak tajaannya dan lebih kepada konsep profesional iaitu membayar pakaian ditempah.
"Pernah saya nak taja baju untuknya. Tapi dia menolak sebab nak 'support' survivor pereka fesyen seperti saya. Dulu terlintas hati nak taja masa dia mengacarakan Anugerah Industri Muzik. Dia tolak juga.
"Malah kalau sempena ulang tahun hari lahirnya, saya nak hadiahkan baju. Dia tetap dengan pendirian nak bayar. Atau paling kurang pun, dia hanya akan bersetuju bayar separuh kos baju itu macam komitmennya sepanjang di GV 8.
“Siap tak berkira 'tag' nama saya di bawah entri baju dipakainya," katanya yang turut menjadi pilihan selebriti seperti Rozita Che Wan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan ramai lagi.
Selain Adibah, pentas separuh akhir GV8 turut menyaksikan Suki Low, Aliff Aziz, Aweera, Nikki Palikat, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee bakal berentap sesama sendiri menempah tiket ke final.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
#Adibah Noor
#Ezuwan Ismail
#GV8
#Gegar Vaganza 2021
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement