Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lebih 1000 Percubaan Kenderaan Balik Kelantan 'Ditangkap', Misha Omar Kecek: "Nyo Wak Keghah Pedal Dio Dihh"

Maliah Surip
10/05/2021 00:20 MYT
Penyanyi Misha Omar dalam satu hantarannya di akaun Instagram @mishaomar malam tadi menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih melanggar perintah merentas negeri yang dikeluarkan kerajaan.

Misha, 39, secara khusus memberi teguran kepada segelintir rakyat Kelantan yang membuat percubaan pulang ke kampung halaman sebelum disekat dan diarah berpatah balik dalam sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis.

Dengan menampilkan klip video berita mengenai lebih 500 kenderaan diarah berpatah balik selepas cuba merentas pulang ke Kelantan sekaligus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan larangan balik kampung menyambut Aidilfitri, Misha melahirkan kekesalannya.

"Wehhh demo ni bakpo gak degil benar? Nyo wak keghah pedal dio dihh wak wak tok tahu pulok nyo tok leh rentah negeri dan daerah," tulisnya dalam loghat Kelantan.

Pelantun Sampai Bila itu juga menuliskan terjemahan dalam bahasa Melayu yang berbunyi: "Ehhh korang ni kenapa degil sangat? Macam buat buat tak tahu je tak boleh rentas negeri & daerah.."

Sebagai anak Kelantan dan rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang berhari raya kerana kerajaan memperketatkan SOP lantaran pandemik COVID 19 kembali membimbangkan di negara, Misha juga memohon jasa baik semua agar mendengar dan mematuhi nasihat yang dikeluarkan agar sama sama dapat memutuskan rantaian virus ini seperti sebelumnya.

"Olohhh laaaa..ingak demo soghey jah ko hok rindu ko orghe tuo demo? Ambo pun samo jugok....haghi2 duk jeghik sambil video call mok ambo....tok takut ko tgk angka kes hari2 tu abe kakok wehhh...oloh oloh olohhh...gegheyy wehh kitoo...kutil kaeeee......"

(U ingat u sorang je ke yang rindu your parents? I pun sama ok? Hari hari i nangis sambil video call ngan mak i di kampung.. tak takut ke tengpk angka kes positive covid setiap hari tu abang abang & kakak kakak? Ehhh gerammmm lahh kita..cubit kangggg).

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)


Misha yang kini bermaustatin di Kuala Lumpur sementara masih mempuNyai ibu yang tinggal di Kelantan juga mengatakan kapsyen yang ditulis dalam loghat negeri Cik Siti Wan Kembang itu memang ditujukan kepada rakyat negerinya yang ingkar arahan.

"Caption ni untuk orang Kelantan je tau...Orang Kelantan je paham ni..sebab berita ni berkenaan orghey kapung ambo...hehehe..jangey gitu dehh..kito jago kito remember? ..laaa tubek spiking pulokkk," akhirinya.

Untuk rekod, sehingga malam tadi, Ketua Polis Kelantan, DCP Datuk Shafien Mamat berkata aliran kenderaan yang cuba masuk ke Kelantan bertambah. Beliau memaklumkan lebih 1000 kenderaan yang nekad pulang berhari raya di kampung halaman diarah berpatah balik.

Selain tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada juga antara mereka yang gagal mengemukakan bukti tujuan perjalanan.

Kredit Foto: BERNAMA
Instagram: @mishaomar
#Misha Omar #. #Kelantan #Nekad #COVID 19 #PKP #Rentas Negeri #SJR
;